Hee~
salam sejahtera semua.
Awas
muatan panjang, sila sediakan kopi radix untuk hilangkan mengantuk sambil
menikmati luahan hati saya ini. Atau beralih sahaja ke channel lain,, wee wee
Orang
lain semua dah balik kampong nampak gayanya, tinggal saya sorang-sorang je kat
JB ni ye. Emm takpelah mungkin rezeki mereka balik awal. Walaupon still kat
daerah asing ni tapi saya rase bahagia juga. Bukan maksud saya, saya tidak suka
balik kampong, eh opkos la saya rindu sekali mama dan ayah saya. Tapi halangan-halangan
disini menyebabkan saya masih berada di sini.
Kakak
usrah saya dengan tanpa segan silunya menge’ask’ saya untuk join program
anjuran sebuah badan bukan tubuh, eh sebuah kelab under university saya
sebenarnya. Saya pon segera bersetuju selepas air mata hampir mengalir laju
mengatasi usain bolt pecutannya bersama beberapa lagi adik beradik usrah.
Tersengih-sengih bagai kuda belang naqibah saya itu selepas melihat anggukan
perkasa dari kami semua tanpa menyedari betapa saya menjerit hampir pecah gegendang
sanubari ini “tidak rela”. Kejamnya anda kakak naqibah tidak mempedulikan nasib
saya pada masa itu. wahaii
Tapi
semua itu hanyalah sebelum pergi ke mukhayyam itu. Post ini dibuat adalah
kerana ingin menge’thanks’ anda kakakku kerana telah memaksa hati+jiwa+raga
saya untuk menghadirkan diri ke sana. (tempat program maksud saya). Tanpa
paksaan anda itu mana mungkin saya mempunyai pemahaman agama dan kemantapan
akidah serta kemanisan ukhuwwah berada dalam satu gerabak yang diredhaiNya
ini.. Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana Allah menghantar anda kepada
saya.
Kadang-kadang
saya terfikir juga, kenapa anda yang dipilih menjadi naqibah saya (yang pada
pandangan kali pertamanya seperti tidak layak menjadi naqibah, hee~pengakuan
jujur ikhlas) namun akhirnya saya temui jawapan satu persatu terhadap setiap
persoalan yang timbul. Kata Inche Gabbana tidak ada kebetulan dalam hidup ini,
mana mungkin berlakunya kebetulan, jika begitu apa gunanya qada’ dan qadar yang
telah tertulis? Benar jugakan,, oleh itu saya cuba menerima setiap apa yang
berlaku dalam hidup saya dengan hati yang kembang sebelanga.
Tapi
sayangnya setelah usaha anda selama hampir setahun menanam benih kasih itu
kedalam jiwa-jiwa kami, dan Alhamdulillah usaha itu bagi saya sudah membuahkan hasil
apatah lagi setelah pergi ke zon peperangan badar itu (program itu dinamakan
perang badar: Nahnu Ansorullah). Amat sedih sekali apabila anda sudi melepaskan
saya dan adik beradik itu menjadi manusia peliharaan orang lain bermula dari
saat ini.(padahal anda sebenarnya bakal menamatkan zaman solo, eh zaman kemahasiswian
disini). Bagaimana dengan perjalanan bulatan gembira kami selepas ini? Sudikah
bonda tiri itu menyediakan brekpes yang lazat dan berkhasiat yang ternyata
dibeli dari ‘Meranti’ dan diisikan kedalam mangkuk tingkat itu? Air mata
mengalir perlahan, yelah mata saya kecil sahaja. Mana ada mata air yang banyak
seperti anda. Hee~
Entah
saat ini kerinduan yang amat saya rasai terhadap anda, menyebabkan telinga saya
hampiir bernanah kerana asyik terdengar bicara-bicara anda serta
bisikan-bisikan jiwang ditambah pula anak mata saya sudah berkaler pink dek
kerana asyik terpandang-pandang wajah anda dimana-mana sahaja. Dan itulah yang
menyebabkan kewujudan post ini. Heyy anda menggunakan sumpahan ukhuwah kelas
pertama ke? Eh. Tarik nafasss hembuss tarik nafasss hembuss. Ok fine. Stop
disitu.
Akhirnya
kepala hotak saya mampu berfikir rasional. Anda bukan sengaja melepaskan kami
semua begitu sahaja. Anda sebenarnya ingin kami semua menjadi insan yang lebih
baik. (katakanlah anda sendiri tidak rela meninggalkan kanak-kanak lollipop
yang sungguh chumil ini) Kalau dengan anda kami hampir-hampiir sahaja memijak
keronsang yang berada di bahu anda itu, tapi mungkin selepas ini kami akan
lebih serius membicarakan masalah-masalah ummah dalam bulatan gembira yang
sangat unik itu. Harapannya begitulah. Umat kita sedang nazak, begitu kata
anda. Walaupon kata-kata itu sering saya ulang-ulang dalam nada sindiran,
ketahuilah setiap kali saya mengulang-ulang sepotong ayat ‘umat kita sedang
nazak’ itu, ketahuilah bahawasanya hati saya sedang bergetar hebat tidak mampu
untuk saya nafikan walaupon saya sedang berlagak kool didepan anda.
Kakak
naqibahku yang cantik lagi cun melecur. Ehh. Ini bukan ayat bodek tapi sedikit
sebanyak saya tidak dapat menipu unsur itu memang wujud disini, wahahahaha.
Tapi anda memang berseri. Senyum lebar. Tak perlulah anda membalas semula ALIF,
ataupon belanja KEPSI, ataupon memberi saya lollipop besar yang ada love
ditangkainya disebabkan saya telah mengembangkan bulu hidung anda saat ini.
Opsss. Saya tidak pernah melafazkan rase kasih serta sayang apatah lagi cinta
saya kepada anda secara terang-terangan selama setahun kita memadu kasih ini.
Iye saya memang ego saat itu kan. Tapi ketahuilah saya sangat menyayangi anda
seperti saya menyayangi diri saya sendiri.
‘Tidak
sempurna iman seseorang daripada kamu andai tidak menyayangi saudaramu
sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri’. Gulp.
Tapi
kan saya sudah menyayangi anda melebihi diri saya sendiri? Itu kata sayalah.
Hakikatnya saya masih belum mampu menyayangi sesiapa pun melebihi diri saya
hatta mama dan ayah saya sekalipun. Kalau ternyatalah saat ini anda terjatuh ke
dalam sungai yang dipenuhi buaya darat, eh dan anda menjerit minta saya
selamatkan anda saya rase saya tidak mungkin merelakan nyawa saya menjadi
korban. Biarlah anda seorang terkontang kanting melawan buaya ganas itu, kenapa
saya harus bersusah payah untuk anda?? Eh begitu pula, tadi kate lain. Ya
Rabbi, betapa lemahnya ukhuwah saya rupanya. Maafkan saya murabbiku. Saya janji
saya akan berusaha untuk mencapai tahap manusia super saiya yang mana sanggup
berkorban apa sahaja untuk saudaranya tanpa memikirkan dirinya sendiri.
InsyaAllah.
Saya
sangat berterima kasih-sayang kepada anda kerana akhirnya kedua-dua program
(outdoor dan indoor) yang sungguh osem itu berjaya saya hadiri. Tahu tak anda
terlalu banyak yang saya perolehi di kedua-dua sesi itu? Di situlah saya
mengenali siapa sebenarnya inche jahilliyah yang jahat itu dan disitu jugalah
saya tanpa segan silu dan berat badan ingin melambai-lambai tangan serta kaki
beserta flying kick untuk mengucapkan sayonara pada inche jahilliyah selama-lamanya. Saya
tidak mahu bertemunya lagi.
Saya
sangat bersyukur Allah menjentik mulut adik beradik usrah saya (yang terpaksa
saya rahsiakan namanya demi menjaga manik-manik riya’ yang bakal mencantikkan
hati si dia ~hee) untuk mengajak dan memaksa saya menghadiri program indoor
tersebut. Anda sungguh osem sahabatku, jazakillah khairan katheera.. insyaAllah
selepas ini hati saya dengan relanya akan menghadiri apa sahaja program yang
dianjurkan tanpa melebihkan sesiapa pun melebihi Allah dan Rasul hatta kedua
orang tua saya. Itulah yang saya perolehi. Air mata mengalir laju. Ketahuilah
sahabat-sahabatku kita masih lagi jahilliyah selagi mana kita meletakkan
sesiapa sahaja diatasnya mengatasi Allah dan Ar-rasul walaupun keluarga kita
yang terchenta.
Kalau
dahulu hati saya dengan super yakinnya mengatakan keluargalah segala-galanya
bagi saya sehingga tergamak saya katakan saya mungkin tidak mampu hidup tanpa
mereka, tapi nyata sentuhan program indoor tempoh hari ibarat tamparan raksaksa
gorgon pula rasanya. Hampiir saya menangis dikala itu kerana nafsu tidak
merelakan mama dan ayah diletakkan ditangga ketiga. Namun saya yakin pilihan
saya ini adalah pilihan Allah. Dan saya mahu terus thabat dijalan ini yang saya
yakini amat dekat jalannya sepertimana jalan yang rasulullah gunakan untuk
mentarbiyah manusia luar biasa seperti Abu Bakar As-siddiq, Umar Al-khattab,
Khalid Al-walid, Mus’ab Bin Umair dan ramai lagi yang kita ketahui sirahnya.
Bagaimana mereka boleh berubah daripada jahilliyah menuju jalan yang sangat
diredhai Allah sehingga kisah mereka sahaja berjaya menggetarkan hati manusia
yang berakal. Manusia biasa yang akhirnya menjadi sungguh luar biasa apabila
mereka meletakkan Allah dan Ar-rasul mengatasi segala apa yang ada didunia ini.
Tidakkah
kita semua ingin menjadi seperti mereka? Saya mahu. JOM. Senyum manisss.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Penuhilah (seruan) Allah dan Rasul-Nya tatkala (Allah
dan Rasul) menyeru kalian kepada sesuatu yang dapat ‘menghidupkan’ kalian..”
[Al-anfal: 24]
_Miss
CyborgHeroSeantero_
0 comments:
Post a Comment