Thursday, July 5, 2012


Hee~ salam sejahtera semua.

Awas muatan panjang, sila sediakan kopi radix untuk hilangkan mengantuk sambil menikmati luahan hati saya ini. Atau beralih sahaja ke channel lain,, wee wee
Orang lain semua dah balik kampong nampak gayanya, tinggal saya sorang-sorang je kat JB ni ye. Emm takpelah mungkin rezeki mereka balik awal. Walaupon still kat daerah asing ni tapi saya rase bahagia juga. Bukan maksud saya, saya tidak suka balik kampong, eh opkos la saya rindu sekali mama dan ayah saya. Tapi halangan-halangan disini menyebabkan saya masih berada di sini.

Kakak usrah saya dengan tanpa segan silunya menge’ask’ saya untuk join program anjuran sebuah badan bukan tubuh, eh sebuah kelab under university saya sebenarnya. Saya pon segera bersetuju selepas air mata hampir mengalir laju mengatasi usain bolt pecutannya bersama beberapa lagi adik beradik usrah. Tersengih-sengih bagai kuda belang naqibah saya itu selepas melihat anggukan perkasa dari kami semua tanpa menyedari betapa saya menjerit hampir pecah gegendang sanubari ini “tidak rela”. Kejamnya anda kakak naqibah tidak mempedulikan nasib saya pada masa itu. wahaii

Tapi semua itu hanyalah sebelum pergi ke mukhayyam itu. Post ini dibuat adalah kerana ingin menge’thanks’ anda kakakku kerana telah memaksa hati+jiwa+raga saya untuk menghadirkan diri ke sana. (tempat program maksud saya). Tanpa paksaan anda itu mana mungkin saya mempunyai pemahaman agama dan kemantapan akidah serta kemanisan ukhuwwah berada dalam satu gerabak yang diredhaiNya ini.. Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana Allah menghantar anda kepada saya.

Kadang-kadang saya terfikir juga, kenapa anda yang dipilih menjadi naqibah saya (yang pada pandangan kali pertamanya seperti tidak layak menjadi naqibah, hee~pengakuan jujur ikhlas) namun akhirnya saya temui jawapan satu persatu terhadap setiap persoalan yang timbul. Kata Inche Gabbana tidak ada kebetulan dalam hidup ini, mana mungkin berlakunya kebetulan, jika begitu apa gunanya qada’ dan qadar yang telah tertulis? Benar jugakan,, oleh itu saya cuba menerima setiap apa yang berlaku dalam hidup saya dengan hati yang kembang sebelanga.

Tapi sayangnya setelah usaha anda selama hampir setahun menanam benih kasih itu kedalam jiwa-jiwa kami, dan Alhamdulillah usaha itu bagi saya sudah membuahkan hasil apatah lagi setelah pergi ke zon peperangan badar itu (program itu dinamakan perang badar: Nahnu Ansorullah). Amat sedih sekali apabila anda sudi melepaskan saya dan adik beradik itu menjadi manusia peliharaan orang lain bermula dari saat ini.(padahal anda sebenarnya bakal menamatkan zaman solo, eh zaman kemahasiswian disini). Bagaimana dengan perjalanan bulatan gembira kami selepas ini? Sudikah bonda tiri itu menyediakan brekpes yang lazat dan berkhasiat yang ternyata dibeli dari ‘Meranti’ dan diisikan kedalam mangkuk tingkat itu? Air mata mengalir perlahan, yelah mata saya kecil sahaja. Mana ada mata air yang banyak seperti anda. Hee~

Entah saat ini kerinduan yang amat saya rasai terhadap anda, menyebabkan telinga saya hampiir bernanah kerana asyik terdengar bicara-bicara anda serta bisikan-bisikan jiwang ditambah pula anak mata saya sudah berkaler pink dek kerana asyik terpandang-pandang wajah anda dimana-mana sahaja. Dan itulah yang menyebabkan kewujudan post ini. Heyy anda menggunakan sumpahan ukhuwah kelas pertama ke? Eh. Tarik nafasss hembuss tarik nafasss hembuss. Ok fine. Stop disitu.

Akhirnya kepala hotak saya mampu berfikir rasional. Anda bukan sengaja melepaskan kami semua begitu sahaja. Anda sebenarnya ingin kami semua menjadi insan yang lebih baik. (katakanlah anda sendiri tidak rela meninggalkan kanak-kanak lollipop yang sungguh chumil ini) Kalau dengan anda kami hampir-hampiir sahaja memijak keronsang yang berada di bahu anda itu, tapi mungkin selepas ini kami akan lebih serius membicarakan masalah-masalah ummah dalam bulatan gembira yang sangat unik itu. Harapannya begitulah. Umat kita sedang nazak, begitu kata anda. Walaupon kata-kata itu sering saya ulang-ulang dalam nada sindiran, ketahuilah setiap kali saya mengulang-ulang sepotong ayat ‘umat kita sedang nazak’ itu, ketahuilah bahawasanya hati saya sedang bergetar hebat tidak mampu untuk saya nafikan walaupon saya sedang berlagak kool didepan anda.

Kakak naqibahku yang cantik lagi cun melecur. Ehh. Ini bukan ayat bodek tapi sedikit sebanyak saya tidak dapat menipu unsur itu memang wujud disini, wahahahaha. Tapi anda memang berseri. Senyum lebar. Tak perlulah anda membalas semula ALIF, ataupon belanja KEPSI, ataupon memberi saya lollipop besar yang ada love ditangkainya disebabkan saya telah mengembangkan bulu hidung anda saat ini. Opsss. Saya tidak pernah melafazkan rase kasih serta sayang apatah lagi cinta saya kepada anda secara terang-terangan selama setahun kita memadu kasih ini. Iye saya memang ego saat itu kan. Tapi ketahuilah saya sangat menyayangi anda seperti saya menyayangi diri saya sendiri.

‘Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu andai tidak menyayangi saudaramu sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri’. Gulp.

Tapi kan saya sudah menyayangi anda melebihi diri saya sendiri? Itu kata sayalah. Hakikatnya saya masih belum mampu menyayangi sesiapa pun melebihi diri saya hatta mama dan ayah saya sekalipun. Kalau ternyatalah saat ini anda terjatuh ke dalam sungai yang dipenuhi buaya darat, eh dan anda menjerit minta saya selamatkan anda saya rase saya tidak mungkin merelakan nyawa saya menjadi korban. Biarlah anda seorang terkontang kanting melawan buaya ganas itu, kenapa saya harus bersusah payah untuk anda?? Eh begitu pula, tadi kate lain. Ya Rabbi, betapa lemahnya ukhuwah saya rupanya. Maafkan saya murabbiku. Saya janji saya akan berusaha untuk mencapai tahap manusia super saiya yang mana sanggup berkorban apa sahaja untuk saudaranya tanpa memikirkan dirinya sendiri. InsyaAllah.

Saya sangat berterima kasih-sayang kepada anda kerana akhirnya kedua-dua program (outdoor dan indoor) yang sungguh osem itu berjaya saya hadiri. Tahu tak anda terlalu banyak yang saya perolehi di kedua-dua sesi itu? Di situlah saya mengenali siapa sebenarnya inche jahilliyah yang jahat itu dan disitu jugalah saya tanpa segan silu dan berat badan ingin melambai-lambai tangan serta kaki beserta flying kick untuk mengucapkan sayonara  pada inche jahilliyah selama-lamanya. Saya tidak mahu bertemunya lagi.

Saya sangat bersyukur Allah menjentik mulut adik beradik usrah saya (yang terpaksa saya rahsiakan namanya demi menjaga manik-manik riya’ yang bakal mencantikkan hati si dia ~hee) untuk mengajak dan memaksa saya menghadiri program indoor tersebut. Anda sungguh osem sahabatku, jazakillah khairan katheera.. insyaAllah selepas ini hati saya dengan relanya akan menghadiri apa sahaja program yang dianjurkan tanpa melebihkan sesiapa pun melebihi Allah dan Rasul hatta kedua orang tua saya. Itulah yang saya perolehi. Air mata mengalir laju. Ketahuilah sahabat-sahabatku kita masih lagi jahilliyah selagi mana kita meletakkan sesiapa sahaja diatasnya mengatasi Allah dan Ar-rasul walaupun keluarga kita yang terchenta.

Kalau dahulu hati saya dengan super yakinnya mengatakan keluargalah segala-galanya bagi saya sehingga tergamak saya katakan saya mungkin tidak mampu hidup tanpa mereka, tapi nyata sentuhan program indoor tempoh hari ibarat tamparan raksaksa gorgon pula rasanya. Hampiir saya menangis dikala itu kerana nafsu tidak merelakan mama dan ayah diletakkan ditangga ketiga. Namun saya yakin pilihan saya ini adalah pilihan Allah. Dan saya mahu terus thabat dijalan ini yang saya yakini amat dekat jalannya sepertimana jalan yang rasulullah gunakan untuk mentarbiyah manusia luar biasa seperti Abu Bakar As-siddiq, Umar Al-khattab, Khalid Al-walid, Mus’ab Bin Umair dan ramai lagi yang kita ketahui sirahnya. Bagaimana mereka boleh berubah daripada jahilliyah menuju jalan yang sangat diredhai Allah sehingga kisah mereka sahaja berjaya menggetarkan hati manusia yang berakal. Manusia biasa yang akhirnya menjadi sungguh luar biasa apabila mereka meletakkan Allah dan Ar-rasul mengatasi segala apa yang ada didunia ini.

Tidakkah kita semua ingin menjadi seperti mereka? Saya mahu. JOM. Senyum manisss.

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah (seruan) Allah dan Rasul-Nya tatkala (Allah dan Rasul) menyeru kalian kepada sesuatu yang dapat ‘menghidupkan’ kalian..” [Al-anfal: 24]

_Miss CyborgHeroSeantero_